Perkhemahan Unit Beruniform 2016

Alhamdulillah, pada minggu lepas telah diadakan perkhemahan unit beruniform di IM4U Survival Camp, Setiu. Pelbagai aktiviti telah diadakan melibatkan aktiviti lasak dengan kerjasama dari Jurulatih Kem Dari UNISZA dan UMT. Selain dari aktiviti lasak, terdapat juga aktiviti perbarisan, persembahan kebudayaan, berkayak dan pengisian kerohanian kepada peserta perkhemahan.

Majlis penutup telah diserikan oleh Tuan Haji Mohamad Nawawi bin Rani. Secara keseluruhannya program tahunan ini telah memberi kesedaran kepada semua murid dan guru dalam usaha yang berterusan bagi menghasilkan murid yang memberi respon positif dan berdisiplin. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.