TAHNIAH SMKBS!

Warga SMKBS mengucapkan tahniah kepada murid SPM dan STPM yang memperolehi pencapaian yang membanggakan dalam keputusan yang diterima. Semoga kejayaan yang ditempa akan memberi semangat dan inspirasi bagi pencapaian yang lebih baik di masa yang akan datang. Amiiiiin 

Untuk pencapaian STPM, SMKBS memperoleh GPS 2.94 lulus 100% PNGK terbaik 3.84 mengatasi rekod PNGK negeri dan kebangsaan iaitu 2.80 dan 2.81. Imi meletakkan SMKBS sebagai tempat kedua di daerah Marang dan perbezaan hanya 0.01 sahaja dengan SMKA Durian Guling dengan PNGK 2.95. Ini juga meletakkan SMKBS tangga ke 18/43 di negeri Terengganu bersama SMK Manir (PNGK 2.94)

Bagi pencapaian SPM 2015, SMKBS tetap mencatatkan kcemerlangan dibandingkan pencapaian pada tahun sebelumnya. SMKBS juga mencatat rekod kenaikan naik satu anak tangga dari tempat ke 10 kepada 9 dengan pencapaian terbaik 7A 1B. 

Insyallah 2015 telah selesai, 2016 sedang mendatang. SMKBS akan fokus smula meneruskan kegemilangan dalam STPM, SPM DAN PT3. 

Alhamdulillah, syukur semua.

Galeri gambar: