Pelancaran Program Remaja Berwawasan NBOS

Pada pagi ni SMKBS telah mengadakan pelancaran Program Remaja Berwawasan yang dirasmikan oleh DSP Mohd Suhaimi bin Haji Ali, Ketua Polis Daerah Marang diiringi oleh Inspektor Mohamad Muslim bin Yusop, Pegawai Penyiasat Trafik IPD Marang. 

Program Remaja Berwawasan ini merupakan aktiviti bertujuan membina karektor murid di sekolah. Aktiviti luar juga akan turut diserap ke dalam program ini seperti merentas halangan, jungle trekking, jalan lasak, treasure hunt dan aktiviti kerohanian dan sahsiah seperti Ring Kaunseling, ceramah motivasi, tazkirah dan sebagainya. 

Latihan mingguan akan diadakan pada hari selasa dan dijalankan sebanyak dua kali dalam sebulan.

Galeri gambar: