Mesyuarat Agung PIBG SMKBS Tahun 2016

Pada pukul 10 pagi telah bermula Mesyuarat Agung PIBG di SMK Bukit Sawa. Mesyuarat ini dirasmikan oleh Encik Lateh Mohd Noor, Setiausaha Agung UMNO daerah Marang mewakili YB A Latiff bin Awang, DUN Pengkalan Berangan, Marang. Di samping itu, PPD Marang, Encik Adnan bin Salleh juga hadir bersama bagi menyerikan majlis ini. YDP PIBG, Encik Rosdi bin Abdullah juga turut hadir bersama pada majlis hari ini.

Selain daripada perarakan dan ucapan ketibaan selamat datang oleh murid dan pengawas SMKBS, persembahan Brassband Sawakarya Sutra yang dipimpin oleh Cik Wan Rosmawati bin Wan Mamat juga diadakan sebagai aturcara meraikan tetamu kehormat bagi tetamu yang hadir pada hari ini.

Selain dari itu, Bantuan Awal Persekolahan juga diberi kepada ibubapa dan murid di akhir majlis ini. Warga SMKBS berharap agar sambutan sebegini akan terus kekal dan hubungan yang erat bersama PIBG akan terus kukuh dan erat demi kesejahteraan SMK Bukit Sawa.

Galeri gambar: