Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Sekolah

Pada pagi ini telah diadakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Sekolah kepada semua murid yang terpilih. Majlis ini diserikan oleh kehadiran ASP Mohd Rafii bin Shaari dari IPD Marang bagi menyampaikan watikah pelantikan kepada semua murid yang terpilih.

Warga SMKBS berharap semoga mereka dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan dedikasi, jujur dan bertanggungjawab. Syabas dan tahniah.

Galeri gambar: