Kejohanan Olahraga SMK Bukit Sawa 2016

Pada hari ini telah diadakan Kejohanan Olahraga SMK Bukit Sawa melibatkan empat rumah sukan dan pertandingan ini merupakan antara yang berprestij yang diadakan di SMKBS. Persiapan telah dijalankan sejak seminggu dan para guru dan murid bertungkus lumus dari segi persiapan rumah sukan, perbarisan, persiapan dan pengurusan atlit serta penyediaan maskot.

Kejohanan bermula pada 8 pagi dan acara yang dipertandingkan pada peringkat akhir termasuk larian 400m, lompat tinggi, melontar peluru dan turut serta diadakan larian baton antara guru SMKBS. PIBG dan Jabatan Pertanian turut sama memberikan sokongan penuh dan kerjasama dalam menyediakan peralatan dan turut sama hadir bagi memeriahkan Hari Kejohanan ini.

Warga SMKBS ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kejohanan kali ini. Adalah diharapkan penglibatan dan kerjasama yang erat seperti ini akan diteruskan dalam aktiviti yang lain selepas ini.

Keputusan akhir:

HIAS RUMAH SUKAN
Pertama: Titiwangsa (Hijau)
Kedua: Bintang (Biru)
Ketiga: Kinabalu (Merah)
Keempat: Tahan (Kuning)

PERBARISAN
Pertama: Tahan (Kuning)
Kedua: Kinabalu (Merah)
Ketiga: Bintang (Biru)
Keempat: Titiwangsa (Hijau)

MASKOT
Pertama: Kinabalu (Merah)
Kedua: Tahan (Kuning)
Ketiga: Titiwangsa (Hijau)
Keempat: Bintang (Biru)

KEJOHANAN OLAHRAGA BERDASARKAN PINGAT
Pertama: Titiwangsa (Hijau)
Kedua: Tahan (Kuning)
Ketiga: Kinabalu (Merah)
Keempat: Bintang (Biru)

OLAHRAGAWAN
Aiman Zulhakim bin Mat Dom - 5 Etika
Bintang - Acara 1500m dan 500m

OLAHRAGAWATI
Siti Nor Dayini binti Awang (3 Qayyim)
Titiwangsa - Acara 400m dan 800m

Galeri gambar: