Pendaftaran dan orientasi Tingkatan 1 2016

Pada minggu yang lalu, telah diadakan Pendaftaran Murid Tingkatan 1 2016 melibatkan semua ibubapa dan murid Tingkatan 1 2016. Ibubapa dan murid kelihatan bersedia dalam menempuhi alam baru persekolahan di SMK Bukit Sawa,

Dalam pada pertemuan ini, Pengetua SMKBS menyampaikan ucapan beliau dan memperkenalkan diri sebagai pentadbir SMKBS yang baru. Seterusnya Pengerusi PIBG dan Penolong Kanan HEM menyampaikan ucapan masing-masing.

Selepas itu pendaftaran diadakan mengikut kelas yang telah disediakan dan ibubapa merujuk kepada senarai nama anak mereka mengikut kelas yang disediakan. Orientasi bagi murid Tingkatan 1 diadakan sebaik selepas minum pagi selepas pendaftaran dijalankan. Ucapan dari En Shahrolnorakman selaku penyelaras disiplin diikuti Ustaz Azanol bagi Aktiviti Kokurikulum kemudian oleh Penolong Kanan Pentadbiran, En Yusoff bagi matapelajaran yang diajar di SMKBS. Murid mendapat buku teks dari Bilik Operasi SPBT Sekolah selepas tamat taklimat di Dewan Ibnu Khaldun.

Pihak SMKBS mengalukan kehadiran murid Tingkatan 1 ke sekolah ini dan diharap murid sentiasa bersedia dan bersemangat meempuhi alam persekolahan baru, InsyaAllah.

Gambar sekitar majlis: