Pemeriksaan Kesihatan Dari Klinik Bukit Payong

Pada hari ini SMKBS telah dikunjungi oleh petugas kesihatan dari Klinik Bukit Payong bagi melakukan pemeriksaan kesihatan kepada semua warga SMKBS. 

Sambutan yang diberi amat menggalakkan oleh semua pengurusan, guru, staf, kakitangan dan murid-murid. Khidmat nasihat dan edaran pamplet berkenaan kesihatan juga diberi sebagai langkah meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan kesihatan di sekolah. 

Warga SMKBS ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada petugas yang hadir pada hari ini. Diharapkan lebih banyak lagi program kesedaran kesihatan dapat dijalankan di sekolah ini. 

Galeri gambar: