Pembinaan Wakaf Baru

Pada pagi ini diadakan aktiviti secara sukarela dengan kerjasama PIBG SMK Bukit Sawa. Pembinaan wakaf ini sejajar dengan prinsip sekolah selamat dan sebagai salah satu respon terhadap penambahbaikan kawalan keselamatan dan mewujudkan rasa bebas dari ancaman keselamatan di sekolah.

Tujuan wakaf ini dibuat adalah bagi menyediakan tempat menunggu yang selamat dan selesa oleh murid dan diletakkan di bahagian dalam sekolah. Adalah dengan ini diharap warga SMKBS dapat memanfaatkan kemudahan yang disediakan selepas pembinaan selesai nanti.

Galeri gambar: