Pemantauan Unit Penyakit Berjangkit Pejabat Kesihatan Daerah Marang

17 Januari 2016 (Ahad) - Sepasukan petugas daripada Unit Kawalan Penyakit Berjangkit Pejabat Kesihatan Daerah Marang telah melakukan pemantauan kesihatan ke sekolah ini. Pasukan yang terdiri daripada enam petugas ini diketuai oleh pegawai perubatan, YM. Dr. Tengku Noor Farhana binti Tengku Khalid. Dalam pemantauan tersebut doktor telah menerangkan cara-cara penyediaan dan pengambilan makanan dan minuman secara terperinci supaya murid-murid mendapat pengetahuan yang jelas sebagai panduan dan langkah berjaga-jaga.


Tetamu diiringi oleh Tuan Pengetua, Encik Abu Hasmadi bin A. Bakar
dan PK Hal Ehwal Murid, Encik Mat Nasir bin Ibrahim.





Selain daripada doktor pasukan ini juga disertai oleh tiga Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran iaitu Pn. Salme Suharnida binti Mat Hassan,
Pn. Nadia binti Nasir dan En. Mohd. Azizi bin Jusoh;
En. Zainuddin bin Abdullah (Pembantu Awam) dan En. Nirazmi bin Nik (Pemandu)






TUNJUK CARA

Dalam pemantauan tersebut doktor telah memberikan penerangan dan menunjukkan cara-cara yang betul membersih tangan sebelum mengambil makanan bagi mengelakkan penyakit yang berpunca daripada jangkitan kuman.