Pemantauan Dari Unit Kawalan Vektor PKD Marang

Pada petang ini SMKBS menerima kunjungan dari Unit Kawalan Vektor, Pejabat Kesihatan Daerah Marang, Terengganu bagi pemantauan dan pembasmian nyamuk aedes di kawasan sekolah. 

Selain dari aktiviti "fogging", pihak sekolah juga didedahkan dengan tatacara mencegah pembiakan nyamuk aedes dan menangani wabak denggi serta tindakan yang perlu diambil sekiranya simptom wabak ini berlaku. 

Warga SMKBS mengucapkan terima kasih kepada Pegawai dan Petugas dari PKD Marang atas kunjungan mereka. Semoga selepas ini lebih banyak lagi aktiviti kesedaran mengenai kesihatan dapat dijalankan di sekolah ini. 

Galeri gambar: