Menyambut ketibaan PKHEM yang baru tahun 2016

Satu majlis yang bersejarah telah diadakan bagi menyambut ketibaan En Mat Nasir bin Ibrahim selaku Penolong Kanan HEM yang baru menggantikan En Abdul Rahim bin Abdul Rahman yang bertukar ke SMK Rusila.

Untuk pengetahuan warga SMKBS, En Mat Nasir telah berkhidmat di SMKBS sebelum ini sebagai Penolong Kanan Kokurikulum dan kini kembali ke sekolah ini menyandang jawatan sebagai Penolong Kanan HEM yang baru. Beliau nyata kelihatan bersemangat dan tidak sabar untuk memimpin bagi memacu kejayaan sekolah ini bagi tahun 2016.

Pihak SMKBS mengucapkan selamat datang kepada En Mat Nasir bin Ibrahim dan berharap agar sekolah ini lebih menyinar dengan kehadiran beliau bagi memantapkan pengurusan dan pentadbiran sekolah ini.

Gambar sekitar majlis: