Majlis Ulangtahun ke 46 SMKBS

Pada hari ini telah diadakan sambutan Ulangtahun ke 46 SMKBS yang diadakan di dataran perhimpunan. Majlis ini juga diserikan lagi dengan kehadiran YDP PIBG bagi menyempurnakan majlis.

Untuk pengetahuan semua, murid tingkatan 1 yang melaporkan diri pada tahun ini akan menjadi generasi Tingkatan 5 ketika sambutan SMKBS yang 50 nanti. Majlis ini juga merupakan sebahagian daripada program Sekolah Penyayang.

Diharap dengan adanya majlis ini warga SMKBS akan lebih peka dan turut merasa bangga dengan sekolah ini.

Galeri gambar: