Majlis Pertukaran Guru SMKBS

Pada pagi ni telah diadakan satu majlis bagi merakamkan penghargaan kepada Puan Noraini Amrose dan Encik Abdul Rahim bin Abdul Rahman. Cikgu Rahim merupakan PK HEM yang bertukar ke SMK Rusila manakala Cikgu Noraini merupakan guru bidang Sains dan Matematik di SMKBS yang akan bertukar ke SMK Seri Payong pada tahun ini. 

Cikgu telah berkhidmat di SMKBS selama 24 tahun dan Cikgu Rahim berkhidmat selama 6 bulan. Warga SMKBS merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka. Jasa mereka terhadap sekolah ini tidak akan dilupakan selamanya.

Galeri gambar: