Kuliah Maghrib Asrama Pertama 2015

Pada malam ini SMKBS menerima tetamu Ustaz Mat Nasir bin Draman dari SMK Serating yang juga pendakwah bebas bagi menyampaikan Kuliah Maghrib pertama 2015.

Kuliah maghrib ini merupakan yang pertama diadakan di surau SMKBS menyentuh pelbagai aspek merangkumi persediaan dan azam tahun baru, ibadah fardu ain dan fardu kifayah dan peranan murid asrama dalam kehidupan seharian. Majlis ini turut dihadiri oleh En Mat Nasir bin Ibrahim, Penolong Kanan HEM bersama Warden aspura dan aspuri.

Adalah diharapkan dengan majlis ini dapat memberi semangat dan motivasi yang berterusan kepada murid-murid asrama SMKBS, InsyaAllah.

Galeri gambar: