Kejohanan Merentas Desa SMKBS 2016

Kejohanan Merentas Desa merupakan acara tahunan di sekolah ini. Acara ini dapat memberi peluang kepada semua murid untuk sama-sama terlibat dalam bidang sukan semasa hayat mereka masih di bangku sekolah. Matlamat kejohanan merentas desa ini ialah untuk mencungkil dan mengetengahkan bakat-bakat baru ke arah kecemerlangan sukan khususnya dalam bidang olahraga agar dapat:
1. Melahirkan bakat-bakat baru yang akan dipilih untuk mewakili sekolah dalam kejohanan Merentas Desa peringkat MSSD, MSST dan Kebangsaan.
2.   Memupuk jalinan kerja sama yang erat antara para guru dan pelajar.
3.   Membina dan memupuk nilai-nilai disiplin, kerjasama, daya saing dan daya juang dalam kalangan murid.
4.   Melahirkan warga SMKBS yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Galeri gambar:
 

 Pengerusi teknik, Cg Mohd Azman bin Musthafa memberi taklimat tentang syarat-syarat penyertaan.

Pada hari kejohanan keadaan cuaca tidak menentu... namun acara mesti diteruskan di bawah kawalan semua guru, PIBG, wakil PDRM (bahagian trafik) dan JPAM... soal keselamatan tiada kompromi.

Sempat ber'posing' ala ayu gitu sementara 'check-point' tidak dilalui oleh peserta.

Jarang-jarang dapat peluang macam ni... bergambar sambil memegang payung dalam suasana sebenar.

Bonda Nor Faizah meriba peserta yang tidak dapat meneruskan larian atas sebab-sebab yang tidak diduga... keadaan terkawal.

Peace!... Give me five!... petugas pelajar sedang mengagihkan penanda 'check-point' kepada peserta.

Peronda bermotor dan berkereta sedang bersiap siaga di lokasi strategik.

Berhati-hati... keadaan jalan basah dan licin... larian mesti diteruskan bagi memastikan dapat menyumbang mata untuk rumah.

Ambil kesempatan untuk mengabadikan kenangan bersama berlatarbelakangkan suasana yang paling indah sepanjang laluan.

Hai cik kak... selamat bersantai... petugas pelajar sungguh cemerlang.