Hari Pertama Persekolahan Tahun 2016

Alhamdulillah, pada 3 Januari 2016 telah berlangsung perhimpunan pertama persekolahan bagi sesi 2016. Murid-murid dan semua guru kelihatan ceria dan bersemangat dalam memulakan sesi persekolahan pada tahun ini.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Inspektor Muslim bin Yusof, Pegawai Perhubungan SMK Bukit Sawa dari IPD Marang bersama Tuan Haji Kassim bin Hussin dari PPD Marang, Terengganu.

Majlis diteruskan dengan ucapan oleh pentadbiran dan tetamu kehormat yang hadir, dan penyampaian anugerah kecemerlangan kokurikulum kepada murid yang terlibat.

Anugerah penyampaian hadiah:

Kejuaraan Seni Beladiri Taekwondo (MTA) Jemputan Kebangsaan Negeri Kelantan 2015:

  1. Ahmad Aidil Amin bin Abd Razak (Emas)
  2. Azruel hakimi bin Amir Adli (Perak)
  3. Aminah Syahirah bt Mohd Fauzi (Perak)
  4. Mohd Harith Hakimi bin Mohd Fauzi (Gangsa)
  5. Syarifah Nur Syezatul Balqis bin Syed Nazli (Gangsa)
Kejuaraan Seni Beladiri Taekwondo Invitation Championship - USM Kelantan:
  1. Ahmad Aidil Amin bin Abd Razak (Emas)
  2. Mohd Harith Hakimi bin Mohd Fauzi (Saguhati)
Monsoon Cup 2015

  1. Zairieyn Asyraffina bt Zulkiflee (Windsurfing)

Johan Terbuka Perahu Layar Negeri Pahang (International 420 Champion)

  1. Mohd Hanafizuddin bin Sidek

Juara Kejuaraan Silat Remaja Dunia - Kategori H Puteri

  1. Farah Fariena bt Mohd Zaih
Warga SMKBS mengucapkan tahniah kepada semua murid yang terlibat. Semoga dengan kejayaan ini dapat membuka tirai 2016 kearah pencapaian yang lebih progresif dan dinamik, InsyaAllah.

Galeri gambar: