Gotong Royong Perdana Siri 1 2016

Pada pagi ini telah diadakan satu program yang melibatkan semua warga SMK Bukit Sawa. Aktiviti ini disertai oleh semua ahli PIBG, Pentadbiran, Murid, Guru, Staf dan Kakitangan SMKBS. Gotong-royong ini merupakan aktiviti kebersihan 3K yang pertama diadakan pada tahun ini. Amalan 5S turut diterapkan oleh semua semasa proses gotong-royong ini berlangsung. Pengetua SMKBS, En Abu Hasmadi bin Abu Bakar turut bersama turun padang bagi menjayakan bersama aktiviti yang pertama diadakan pada tahun ini.

Kawasan yang terlibat dalam aktiviti gotong royong ini ialah persekitaran Blok Akademik, Surau At-Taqwa, Bengkel KHB, Makmal Sains, Makmal Komputer, Perpustakaan, Bangunan Pentadbiran dan Kantin serta Koperasi SMKBS. Kawasan di belakang sekolah juga telah dibersihkan sepenuhnya.

Disamping itu, jamuan disediakan sendiri oleh guru dan staf kepada semua warga sekolah. Kami berharap lebih banyak lagi program yang akan diadakan dengan kerjasama PIBG di masa yang akan datang, InsyaAllah.

Galeri Gambar: