Gotong Royong bersama JKKK dan Agensi Luar

Syukur alhamdulillah, pada hari ini telah diadakan gotong royong dan operasi pencegahan wabak denggi di SMKBS. Program ini diadakan dengan kerjasama erat dari Pasukan Simpanan Persekutuan, JKKK Kampung Alor Limbat, Persatuan Ibubapa dan Guru serta ramai lagi pihak luar yang turut serta dalam aktiviti kali ini. 

Selain dari operasi pencegahan denggi, penambahbaikan prasarana sekolah juga diadakan dengan kerja-kerja menaikkan papantanda banner sekolah, kerja-kerja menaikkan wakaf menunggu, keceriaan kawasan sekolah dan pembaikian perabot turut dijalankan. 

Program ini merupakan aktiviti kemasyarakatan antara yang paling mendapat sambutan penuh dari JKKK dan Agensi Luar. Warga SMKBS mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi hadir bagi bersama-sama membersihkan kawasan sekolah bagi pencegahan wabak denggi di sini. Diharap sambutan sebegini dapat diteruskan lagi dimasa yang akan datang.

Galeri gambar: