Majlis Persaraan Pn Siti Aminah bt Abu Samah

Pada 15 November 2015, Majlis Persaraan Pengetua SMKBS, Pn Siti Aminah bt Abu Samah telah diadakan. Majlis ini merupakan majlis yang terbesar yang pernah diraikan pada tahun ini.

Pengetua SMKBS diarak menaiki beca dari Pejabat Pentadbiran ke Dewan Ibnu Khaldun bersama guru, staf dan murid SMKBS. Paluan kopang juga diadakan. Dalam perarakan tersebut, beliau juga merasmikan "Teduhan Kasih Siti Aminah" yang merupakan tempat letak kereta dan aktiviti sekolah juga boleh diadakan di sini. Ini merupakan satu usaha dan inisiatif beliau dalam menambahbaik kemudahan di SMKBS.

Setibanya di dewam, majlis dimulakan dengan bacaan doa, persembahan murid dan guru seterusnya ucapan perpisahan dari Pengetua SMKBS sempena persaraan beliau yang diadakan.

Pihak SMKBSM merakamkan jutaan terima kasih kepada Pn Siti Aminah bt Abu Samah dalam khidmat bakti yang telah beliau curahkan sewaktu memimpin SMK Bukit Sawa ini. Sesungguhnya jasa baik beliau tidak dapat dibalas dan didoakan agar beliau dirahmati Allah sentiasa hendaknya. Amiiin

Galeri gambar:



Perarakan bermula menaiki beca klasik


Paluan kompang mengiringi perarakan ke Teduhan Kasih



Bergambar kenangan dan merasmikan Teduhan Kasih Siti Aminah


Murid menunggu ketibaan Pengetua SMKBS



Sekitar majlis persaraan Pn Siti Aminah binti Abu Samah