Lawatan dari SMK Sultan Ismail Kemaman

Pada 17 November 2015 SMK Bukit Sawa sekali lagi menerima kehadiran pelawat dari SMK Sultan Ismail yang ingin mengunjungi sekolah ini bagi lawatan Penanda Aras Anugeras Seri Asrama Terbilang 2015.

Dalam lawatan ini, murid dan guru didedahkan dengan segala penambahbaikan yang telah dilakukan oleh pihak Asrama dan pentadbiran SMKBS serta Guru dan Staf dalam membangunkan asrama sebagai satu kemudahan yang memberi pelbagai manfaat kepada murid SMKBS.

Dalam sesi lawatan ini juga murid didedahkan dengan projek khas Asrama SMKBS yang dibangunkan oleh En Hazam bin Abkd Ghani dengan kerjasama Jabatan pertanian yang dikendalikan oleh Pn Suriani selaku Pegawai Pertanian merangkap Setiausaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMKBS.

Antara perancangan yang akan dijalankan selepas ini ialah aktiviti "Engagement Antara Asrama" melibatkan pertandingan Futsal dabn Bola Jaring. Diharap apa yang dirancangkan menjelang 2016 dapat menjadi nyata, InsyaAllah.

Galeri gambar:


Menunggu ketibaan para tetamu


Cik Alya mengiringi Warden dari SMK Sultan Ismail ke Asrama SMKBS



Wajah ceria peserta lawatan




Guru dan murid menikmati jamuan yang disediakan 



Tayangan slaid kepada peserta lawatan



Penyanpaian cenderahati antara Warden SMK Sultan Ismail dan Penolong Kanan HEM SMKBS




Sesi lawatan sedang berjalan


Bergambar kenangan selepas selesai lawatan