Perhimpunan Pagi Persekolahan


Tatacara Pelaksanaan
(7.20 - 7.30) pagi

Destinasi pertama setiap murid sebaik sahaja masuk ke dalam kawasan sekolah pada hari persekolahan ialah Tapak Perhimpunan Pagi di hadapan Dewan Ibn Khaldun.

Murid-murid didengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran atau membaca surah-surah lazim bersama Tuan Pengetua, barisan pengurusan sekolah dan semua guru.

Guru Kelas pastikan Ketua Kelas/Penolong Ketua Kelas menanda kehadiran murid ke tapak perhimpunan.

Murid berbaris masuk ke kelas bersama guru masa pertama. Kelas yang belum ada guru masa pertama pada masa itu mesti tunggu guru berkenaan (atau pengganti) sebelum boleh beredar ke kelas dalam keadaan berbaris.

Murid yang hadir lewat terus ke Balai Disiplin untuk rekod dan mengisi borang kehadiran lewat sebagai pengesahan sebelum diterima masuk ke kelas oleh guru masa pertama dan kedua.